Shallom... Welcome to my blog.. Enjoy urself ya and feel free baca2 di sini.... Tq..

Monday, May 9, 2011

KHASIAT AIR LUDAH HAIWAN & MANUSIA

Pernahkah kita bertanya kenapa haiwan menjilati tubuh mereka?  Kenapa ibu kucing menjilat mata dan tubuh anak kucing yang dilahirkannya? Dalam dunia haiwan, haiwan dilindungi alam dan mempunyai naluri untuk mudah sembuh daripada luka yang biasa berlaku. Luka yang disebabkan oleh haiwan pemangsa sering kali menyebabkan penularan bakteria kepada mangsa. Secara naluri, haiwan yang luka akan menjilati lukanya untuk membersihkannya dan menyebarkan minyak tubuh ke dalam jaringan yang terluka.  Minyak ini bertindak sebagai anti-jangkitan bakteria dan seterusnya melindungi haiwan itu.     
Kucing Pandai Mengesan Penyakit
Haiwan yang paling jinak dengan orang Melayu ialah kucing.  Kucing dikatakan bagus dipelihara kerana kucing memiliki kebolehan untuk mengesan penyakit dan kemudian mengubatnya dengan menjilat.  Sekiranya pemelihara kucing menderita sakit terkehel, salah urat atau pegal-pegal, hulurkan sahaja bahagian tubuh yang sakit itu kepada kucingnya.  Kucing itu akan menghidu-hidu seketika dan kemudian menjilatnya.  Tidak lama kemudian, sembuhlah sakit itu.  Justeru sekiranya pemelihara kucing tiba-tiba dijilat oleh kucingnya, jangan ditepis atau dipukul kucing itu.  Bahagian yang dijilat itu mungkin merupakan punca penyakit dan jilatan yang mengeluarkan air ludah itu pula merupakan penawar atau ubat kepada penyakit itu.

Air Ludah
Air ludah atau air liur (saliva) adalah cairan bening yang dihasilkan dalam mulut manusia dan beberapa jenis haiwan.  Manusia mengeluarkan sekitar 700 ml air liur setiap harinya.  Air liur berfungsi membasahi makanan untuk membantu mengunyah dan menelan. Air liur juga mengandung enzim-enzim yang memulai dan memudahkan proses pencernaan. Fungsi lain air liur adalah memberbersihkan mulut daripada bakteria dan membasuh partikel makanan.

Air liur yang berada di mulut merupakan bahagian terpenting dalam perawatan rongga mulut. Di dalam air ludah terkandung sistem pertahanan alamiah yang berfungsi menjaga keseimbangan ekologi flora mulut. Cairan yang dikeluarkan oleh kelenjar ludah secara terus menerus membersihkan mulut.  Oleh sebab itulah, jika seseorang kurang meminum air, maka kebersihan mulut akan berkurangan.

Kajian Saintifik tentang Ludah
Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.  Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain.  Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.

Pengubatan Cara Lama
Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat.  Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki.  Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.

Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua.  Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut.  Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh.  Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil  sedikit air ludah sendiri dengan satu jari.  Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah.  Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin.  Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

Petua paling janggal kedengarannya adalah jika ada anak lelaki yang mandul anunya, si ibu disuruh mengulum anunya sekali.  Menurut orang tua-tua, ‘buat syarat’ sahaja. Perbuatan itu bukanlah untuk mewujudkan sebarang erotis sumbang mahram.  Orang tua tua amat yakin bahawa petua itu memang mujarab.

Kebiasaan orang Melayu dahulu ialah menjilat bahagian tubuh yang sakit kerana dikatakan, penderita akan cepat pulih.  Kebiasaan ini mungkin didapati daripada pengamatan terhadap tingkah laku haiwan yang sakit.

Sirih dan Ludah
Pemakan sirih mempunyai air ludah yang banyak kerana air liurnya terangsang oleh rasa sirih pinang dan tembakau.  Disebabkan campuran ramuan sirih, air ludah pemakan sirih berwarna merah.   Dahulu, ada orang kampung mengamalkan mengunyah sirih dan membuang ludahnya ke dalam sebuah bekas khas.  Air ludah yang terkumpul itu kemudian digunakan untuk tujuan pengubatan dan urut.  Dikatakan, ramuan sirih yang sememangnya berkhasiat, apabila bercampur dengan air ludah, menjadi bahan yang amat mujarab sebagai penyembuh penyakit kulit dan tulang.  Ini juga dapat menjelaskan mengapa dalam beberapa pengubatan tradisional mempunyai kaedah sembur. Maksudnya, bomoh akan mengunyah sirih pinang dan kemudian menyembur si pesakit. Ada juga yang hanya berkumur air jampi dan kemudian menyembur pesakit.

Air Ludah Orang Mulia
Dahulu, sekiranya seseorang yang dianggap mulia dan berilmu tinggi seperti ahli agama atau guru minum air, ramai yang menantikan peluang mengambil bekas minuman orang mulia itu.  Mereka percaya bahawa bekas air minuman itu amat berkat kerana mengandungi sisa air dan air liur orang yang mulia.  Bekas itu kemudian digunakan tanpa dicuci, dengan menambah air masak.  Biasanya, air minuman itu diberikan kepada anak-anak mereka yang kurang pandai belajar atau nakal tingkah lakunya.

Kepercayaan ini turut tercatat dalam kitab Sulalatus Salatin.  Diriwayatkan, pengislaman Raja Samudera iaitu Merah Silu, turut melalui mimpi.  Baginda bermimpi didatangi Nabi Muhammad SAW.  Mulutnya diludahi oleh Nabi.  Apabila baginda tersedar, baginda sudah boleh membaca ayat-ayat Al-Quran dengan fasih dan lancar. 

Festival Meludah
Festival Meludah diadakan secara tahunan di Mexico.  Peserta festival diberi tembakau untuk dikunyah.  Fungsi tembakau ini adalah untuk merangsang air liur dan dahak. Peserta kemudian berlumba-lumba menyemburkan ludah mereka sejauh-jauhnya. Peludah yang terjauh akan memenangi pertandingan itu.


Pantang Meludah
Kita meludah apabila air liur kita melimpah atau kelenjar air liur keluar lebih banyak daripada sepatutnya.  Air liur yang dibuang itu adalah ‘meludah’.  Faktor yang menyebabkan air liur keluar lebih banyak juga disebabkan rangsangan pancaindera kita.  Misalnya, rasa pahit, pedas dan masin.  Bau busuk boleh membuat kita mual lalu meludah.  Keadaan kerongkong yang tidak sihat menyebabkan batuk dan kahak juga membuat kita meludah.  Begitu juga dengan emosi jijik, muak, menyampah, jengkel, geram dan marah.

Dewasa ini, meludah dianggap perbuatan yang kotor dan mengotorkan pemandangan. Ludah orang yang sakit juga membawa bakteria penyakit dan boleh mengakibatkan penyakit merebak.  Meludah juga dianggap satu perbuatan yang negatif apabila perbuatan meludah dilakukan ke atas tanah di hadapan orang lain.  Apatah lagi, kalau kita meludah ke muka atau tubuh orang lain.  Perbuatan itu boleh membawa pergaduhan kerana meludah sebegitu adalah satu penghinaan dan mencabar  orang yang diludah.

Natijahnya, walaupun ludah dianggap ubat yang berkhasiat menyembuhkan luka, meludah sebarangan pula boleh mengakibatkan kekotoran dan persengketaan. Sesungguhnya meludah dianggap perbuatan negatif dan terpancar dalam peribahasa Melayu. Meludah ke langit hanya membawa kesusahan sendiri kerana cuba melawan orang yang berkuasa.  Kalau meludah jilat kembali, samalah ertinya dengan orang yang tidak berpendirian kerana setelah menghina seseorang, orang itu dimuliakan kembali.

Monday, November 8, 2010

It's November...

OMG!!!! Bulan 11 sudah ka pula... punya lah main sekejap sia rasa... rasanya macam baru kemarin aku tulis tu blog pasal bulan oktober huhu.... Rupanya sudah bulan 11... macam x percaya pula tp inilah realitinya... kadang2 kita x sedar dgn apa yg berlaku huhu..
So, untuk reflection diriku dan dirimu semua, ini aku masukkan gambar bulan okt & nov utk tatapan kita bersama.... ayuh tengok.... hoho...







Thursday, October 7, 2010

Perjalanan ini....

Hemm.. hari ini hari ke lapan dlm bulan okt.. Macam cepat pula rasanya masa ini berjalan tp kdg2 terasa macam lambat betul.. Lumrah dunia dan lumrah kehidupan lah ini mangkali... Setiap minggu aku bizi saja dengan tugasan di tempat kerja dan juga pelayanan di ladangNya yang luas.. Setiap hari yang berlalu pasti menjadi satu kenangan... Emm.. Tapi yang bestnya perjalanan hidup ini, kita x tau apa yg berlaku pada hari esok dan hari2 seterusnya... sentiasa menjadi teka-teki..

By the way, sepanjang 8 hari dalam bulan oktober ini, banyak aktiviti yang aku lalui hehe... Nah di bawah ni la aktiviti2 ku beserta gambar2nya sekali...kekeke...

 Inilah wajah2 rakan2 pembimbing LSKK dan juga AJK kem Rohani kanak2 Paroki St. Peter 
Bundu Kuala Penyu... Tatap ceria walaupun hotdog yg dipanggang nokokop...haha

 Sambil2 menghibur hati sendiri....

 Merenung jauh dulu....

Di pantai yang indah.....

Wednesday, September 29, 2010

Penghujung September...

Alala, sedar x sedar, sudah penghujung September rupanya.. Esok masuk bulan Oktober sudah. Tidak sedar masa itu berlalu dengan pantas sekali.. Satu perkara yang aku suka kalau hujung2 bulan nie adalah GAJI masuk kekeke... Wah, bila GAJI masuk rasa macam mau enjoy saja tp enjoy yang jimat kos lah... 

Em, tanpa disedari sudah 1 bulan setengah pula aku bertugas di SK. Pekan Kuala Penyu ini. Banyak pengalaman baru yang aku dapat walaupun dengan jawatan yang tidak diketahui ramai iaitu FASILITATOR SCHOOLNET. Bila orang tanya, apa kerja ko sekarang dan di mana? Aku dengan selambernya kasi tau FASILITATOR SCHOOLNET tapi kesian ni drg blur2 lagi lalu bertanya "Apa tu?" dan terpaksalah aku menerangkan dengan lebih detail dan panjang lebar haha.. Kalau malas jawab, aku just cakap "Em, ajar komputer dan internet sama jaga2 peralatan komputer di sekolah..".. Kunun lah hahahaha..... 

 Inilah SK. PEKAN KUALA PENYU

Inilah sekolah tempat aku bertugas

Inilah bilik Akses Komputer. Makmal Komputer pun ada tapi sayangnya belum ada penyerahan huhu


Tempat lepak ku di Bilik Akses kekeke... Setiap masa Online seja.. Tapi FB x dpt hehe..

So, esok 1 Oktober bakal menjelma. Bermula lagi lembaran baru kunun padahal dari dulu sampai sekarang lebih kurang sama saja kisah di setiap lembaran hohoho.... Tapi, bulan Oktober ini macam menjanjikan satu kepuasan dalam hidup coz bulan Oktober nie aku bakal banyak enjoy pi sana sini dengan kos yang penuh penjimatan haha... C u...

Wednesday, September 22, 2010

Doa Seorang Sahabat...

Sebuah kapal karam di tengah laut karena terjangan badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang bisa menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di
sisi-sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki ke satu melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang istri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki ke satu itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apanya.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian, dan makanan. Keesokan harinya,seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar ia dan istrinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki ke satu dan istrinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki ke dua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak pantas menerima berkah tersebut karena doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Begitu kapal siap berangkat, lelaki ke satu ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rekanmu yang ada di sisi lain pulau ini?" "Berkahku hanyalah milikku sendiri, karena hanya doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki ke satu ini. "Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka,ia tak pantas mendapatkan apa-apa."

"Kau salah!" suara itu membentak membahana. "Tahukah kau bahwa rekanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

"Katakan padaku," tanya lelaki ke satu itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?" "Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"
 

Tuesday, September 21, 2010

Penerangan KTM

Hari ahad yang lalu, KTM Sel St. Peter telah dijemput untuk memimpin P&W di Gereja kabunau sempena aktiviti penerangan apa itu KTM (Komunitas Tritunggal Mahakudus) oleh sr. Putri Krmel dr Kaingaran Tambunan... Ini antara aksi2 yg sempat dirakam keke...

Practice lagu pujian dan penyembahan bersama Sr. Carmen dan para ahli KTM...

Sesi P&W bermula...

Then bermulalah sudah sesi ceramah iaitu pengenalan tentang KTM dan seterusnya diadakan pelayanan doa...

SeMiNaR PeNdEwASAAn ImAN..

sEmpena hari Raya ari tu, org lain beraya tapi sa pla pi ikut seminar di Church Of Divine Mercy Shah Alam.. Lama sudah x dtg pi sini ni.. DuLU2 aktif di sini coz dekat jak dgn Uni ku hehe...So mau dijadikan cerita, on 10Oktober tu, flight sa jam 9.45 dari KKIA then smpi di LCCT jam 12pm.. Actually kena suru trus pi Shah Alam tp sa trus pla pi shopping di KL sn Bukit Bintang sambil2 melawat tempat sa tinggal dulu di Jalan Imbi time kerja sana dulu haha.... Then bila brg yg dikehendaki sudah di beli, baru lah naik train pi sana Shah Alam then trus g Church...

Maka bermulalah seminar ini yg memakan masa selama 3 hari hoho......... Em, secara peribadi, yg 2008 punya seminar lagi syok lah.. maybe telampau biasa sudah ikut jadi teda sudah feeling hehe.. tp ada juga bha dapat sikit2 hehe...

Berikut disajikan foto2 yang sempat diambil hehe....

Ya, demikianlah keseronokan rakan-rakan CSS MSU, UITM dan lain2 lagi hehe.... student lebih ramai join drpd yg bekerja berbanding 2008 yang mana bekerja lebih ramai join daripada student hehe... Praise the Lord...